It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


27 July 2012

Genap 2 bulan

3 hari lepas genaplah 2 bulan kedai dibuka.
Macam2 keletah manusia aku jumpa
Yang baikhati, yang menyakitkan hatipun ramai
But I'm a positive person
Semua yang negatif, sumbang, menyakitkan hati 
aku tak ambil pot


Syukur Alhamdulillah
Dipertemukan aku dengan pelanggan2 baik2
Dahlah mereka datang kekadang 2,3 kali sehari
pastu mereka promo pula kedai aku pada kawan
dan sanak saudara
Bangga rasanya bila regular customers ni datang 
the next day dan pakai pula baju2 yang mereka beli sebelumnya
It shows that they appreciate what they've bought from my shop
Tuhan saja tahu macam mana bangganya aku
Bangga ok...bukan bongkak 


Beberapa hari awal awal Ramadhan sales kurang
bukan je kurang but kekadang takde sales langsung
So lepas berbuka aku mengadu padaNya
8.45pm aku terus ambil staf kat rumahnya
dan terus buka kedai
MasyaAllah besarnya kuasa Tuhan
Sampai saja kat kedai 
pekerja aku cakap
"Kak, apsal ramai sangat orang depan kedai kita tu"
Ya Allah! Cepat betul Kau perkenankan doaku
Malam itu rezeki mencurah-curah
Seperti doaku padaNya Maghrib itu 
agar dibukakan segala pintu rezekiku dari pelbagai arah


Alhamdulillah!


Kau memang maha pengasih, maha pengampun dan maha mengetahui...







24 July 2012

Lemau

Takde mood nak buat apa-apa hari ni.  Tak sahur, mengantuk sangat. Tapi pukul 2 pagi dah sumbat perut dengan selonggok anggur hitam.  Patutlah pagi ni perut rasa ringan je.

Apa motif aku tulis semua ni? ok, pergi layan customer cepat!!

23 July 2012

Telanjang masa tawaf

Pagi ini azam nak kemas rumah, selesaikan melipat baju yang tak pernah surut...but instead aku damparkan diri kat sofa baca buku.  Bagus sangatlah tu..memang tu lah perangai aku.  


Sejak kecil bila mak suruh berkemas, aku ambik penyapu sapu lantai...lepas 5 minit aku lepak kat sofa baca paper, bila mak datang cepat2 aku ambil penyapu sambung sapu bawah kerusi.  Bila mak dah pergi aku buka tv, tengok tv.  Sedang asyik tengok tv, mak terpekik "Bila nak sudah berkemas ni??!! Banyak na selingan kau!!".


Nak share petikan dari buku yang baru saya baca.  Actually i bought this book few months ago and thought I've read it all, so pagi ni i realised ada pages yang i tertinggal...


"Keindahan berada di Mekah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebaik sahaja memijak bumi Mekah, perasaan gembira bercampur hiba akan bermain dalam jiwa sesiapa sahaja.  Tetapi para pembaca sekalian lebih gembira sekiranya kita dapat rasakan amal ibadah kita di sana mendapat keberkatan Allah.  Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku, seperti yang pernah diceritakan oleh seorang kawan saya.  Apa yang diceritakannya membuatkan saya lebih yakin dan bertawaduk untuk beribadah kepada Allah.


Kata kawan saya itu, suatu petang semasa di Mekah, dia berehat sambil mendengar radio.  Setiap kali musim haji, setiap petang di radio Saudi akan mengadakan ruangan soal jawab haji.  Pendengar radio yang mempunyai masalah haji akan menelefon dan soalannya akan dijawab oleh seorang ulama besar negara tersebut.


Sedang kawan saya itu mendengar radio, tiba-tiba dia terdengar satu panggilan telefon dari seorang wanita.  Wanita itu tidak bertanya soalan,sebaliknya mahu bercerita mengenai mimpinya.


"Silakan! Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab", kata ulama terkenal itu.


Wanita itu terus bercerita.  Menurut wanita itu, di dalam mimpinya dia melihat ada seorang lelaki sedang tawaf dalam keadaan telanjang.  Tiada seurat benangpun yang menutupi tubuhnya sedangkan di sekelilingnya para jemaah sedang bertawaf dengan berpakaian ihram.  Wanita tersebut berasa pelik, kenapa lelaki itu dalam keadaan sedemikian semasa melakukan tawaf wida'.


Ulama itu terdiam seketika.  Dia kemudian menjawab dengan memetik sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: " Mana-mana manusia yang pergi menunaikan haji dan dia tidak memaki hamun orang lain, tidak membuat fasik, tidak bercakap perkara nafsu, maka dia akan pulang ke tempat asalnya seperti bayi yang baru lahir (mendapat haji yang mabrur dan terampun segala dosa, bersih seperti bayi baru dilahirkan)."


Selepas membaca hadis tersebut, ulama tersebut berkata, "Berdasarkan hadis di atas, pandangan saya terhadap mimpi puan ialah, orang yang dilihat telanjang itu mendapat haji yang mabrur.  Dirinya kembali bersih seperti seorang bayi yang baru dilahirkan.  Sekiranya puan mengenali lelaki itu, sampaikanlah berita gembira ini kepadanya."


Mendengar saja jawapan ulama tersebut, wanita itu dengan suara penuh emosi dan sebak berkata, "Demi Allah, ya syeikh...orang yang saya lihat telanjang di dalam mimpi saya itu ialah tuan syeikh sendiri!".


Apabila mendengar kata-kata itu, ulama tersebut terus sebak dan menangis.  Rancangan soal jawab itu terus ditamatkan dan bersambung pada keesokan harinya.  Sewaktu mendengar jawapan wanita itu, air mata kawan saya juga mengalir."


Awesome kan cerita ni?? I cried too after reading this.




Ada banyak lagi kisah2 yang magical about Mekah.  Get your copy of "Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah", produksi Mastika.  



20 July 2012

Somebody That I Used To Know Gotye (With Lyrics)

Khamis itu...terakhir

Hari ini...Sabtu

Tapi peristiwa Khamis lepas masih bermain di ingatan
rasa diri diperbodohkan
atau
mungkin kerana aku yang memulakan langkah2 bodoh ini

Rabu malam
segalanya telah ku rancang..kupersiapkan
3 helai bajunya
bukunya..Cholera in..entah apa title..lupa dah
buku lain entah mana ku letak
tiada masa mencari tapi telah habis ku baca
menarik..tragik..kisahnya
ku letak rapi dalam beg kertas "twilight"

Pagi ku bangkit penuh harapan
Membersih diri...sambil berangan
bertentang mata..aku berharap yang baik
walau di sudut hati aku tahu ini pengakhiran
sedih...tapi aku pujuk hati
mana tahu...tuhan restui impian aku

Datangnya lewat
tak apa..aku sabar
tiada bicara tentang perasaan
hanya kisah yang aku tak ambil pusing sebenarnya
...hingga dia keluarkan c.... itu..
...dikembalikan kepada tuannya..

hanya tuhan tahu...
apa dayaku

lidah kelu

kisah seterusnya....
ah biarlah...simpan saja dalam hati
kenangan pahit manis...itu rahsia kita











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...