It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


25 March 2012

Superman


He is my Superman.  Dia tahu kenapa saya panggil dia nama itu..

Ahh..malunya

ok, stop..pergi buat kerja tu 

Saksi maut?


Semalam. on way to my mom's house at around 7pm saya saya jadi saksi maut (actually, not sure that guy dah meninggal or still alive).

Sebuah motor memecut laju memotong kereta aku tanpa menyedari kereta di depanku telah memberikan isyarat ingin belok ke kanan.  Motor itu melanggar depan kereta itu, motosikalnya tercampak jauh ke dalam longkang besar dan si mamat ni turut 'terbang' dan akhirnya landing di bahu jalan.  

Aku lihat dia tidak bergerak langsung.  Mungkin dia tidak sedarkan diri atau sudah menemui ajalnya di situ.   Aku cuma dapat memperlahankan kereta.  Ingin berhenti tetapi ingin mengejar Maghrib bersama abah, emak dan adik2 di rumah mak yang berkumpul untuk meraikan harijadi abah dan Hani.

Sepanjang malam, hinggalah ke saat ini aku tertanya-tanya nasib penunggang itu.  Selamatkah dia? Atau komakah dia? atau mungkin dia kini telah disemadikan...

Aku kini mula berhati-hati melalui jalan itu walau telah melaluinya beribu kali.  Kini, setiap kali aku melewati jalan itu peristiwa itu bermain di mata.  

Sekiranya dia masih hidup, mungkin dia mengalami kecederaan serius dan menyesali perbuatannya memecut motosikal Ninjanya macam pelesit hari tu.

Aku bersyukur motorsikal masih di bengkel selepas anak mengalami kemalangan selepas dikejar polis kerana memandu tanpa helmet dan tiada lesen.  Biarlah motor itu di bengkel.  Jika dibawa pulang mungkin membawa petaka lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...