It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


23 July 2012

Telanjang masa tawaf

Pagi ini azam nak kemas rumah, selesaikan melipat baju yang tak pernah surut...but instead aku damparkan diri kat sofa baca buku.  Bagus sangatlah tu..memang tu lah perangai aku.  


Sejak kecil bila mak suruh berkemas, aku ambik penyapu sapu lantai...lepas 5 minit aku lepak kat sofa baca paper, bila mak datang cepat2 aku ambil penyapu sambung sapu bawah kerusi.  Bila mak dah pergi aku buka tv, tengok tv.  Sedang asyik tengok tv, mak terpekik "Bila nak sudah berkemas ni??!! Banyak na selingan kau!!".


Nak share petikan dari buku yang baru saya baca.  Actually i bought this book few months ago and thought I've read it all, so pagi ni i realised ada pages yang i tertinggal...


"Keindahan berada di Mekah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebaik sahaja memijak bumi Mekah, perasaan gembira bercampur hiba akan bermain dalam jiwa sesiapa sahaja.  Tetapi para pembaca sekalian lebih gembira sekiranya kita dapat rasakan amal ibadah kita di sana mendapat keberkatan Allah.  Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku, seperti yang pernah diceritakan oleh seorang kawan saya.  Apa yang diceritakannya membuatkan saya lebih yakin dan bertawaduk untuk beribadah kepada Allah.


Kata kawan saya itu, suatu petang semasa di Mekah, dia berehat sambil mendengar radio.  Setiap kali musim haji, setiap petang di radio Saudi akan mengadakan ruangan soal jawab haji.  Pendengar radio yang mempunyai masalah haji akan menelefon dan soalannya akan dijawab oleh seorang ulama besar negara tersebut.


Sedang kawan saya itu mendengar radio, tiba-tiba dia terdengar satu panggilan telefon dari seorang wanita.  Wanita itu tidak bertanya soalan,sebaliknya mahu bercerita mengenai mimpinya.


"Silakan! Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab", kata ulama terkenal itu.


Wanita itu terus bercerita.  Menurut wanita itu, di dalam mimpinya dia melihat ada seorang lelaki sedang tawaf dalam keadaan telanjang.  Tiada seurat benangpun yang menutupi tubuhnya sedangkan di sekelilingnya para jemaah sedang bertawaf dengan berpakaian ihram.  Wanita tersebut berasa pelik, kenapa lelaki itu dalam keadaan sedemikian semasa melakukan tawaf wida'.


Ulama itu terdiam seketika.  Dia kemudian menjawab dengan memetik sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: " Mana-mana manusia yang pergi menunaikan haji dan dia tidak memaki hamun orang lain, tidak membuat fasik, tidak bercakap perkara nafsu, maka dia akan pulang ke tempat asalnya seperti bayi yang baru lahir (mendapat haji yang mabrur dan terampun segala dosa, bersih seperti bayi baru dilahirkan)."


Selepas membaca hadis tersebut, ulama tersebut berkata, "Berdasarkan hadis di atas, pandangan saya terhadap mimpi puan ialah, orang yang dilihat telanjang itu mendapat haji yang mabrur.  Dirinya kembali bersih seperti seorang bayi yang baru dilahirkan.  Sekiranya puan mengenali lelaki itu, sampaikanlah berita gembira ini kepadanya."


Mendengar saja jawapan ulama tersebut, wanita itu dengan suara penuh emosi dan sebak berkata, "Demi Allah, ya syeikh...orang yang saya lihat telanjang di dalam mimpi saya itu ialah tuan syeikh sendiri!".


Apabila mendengar kata-kata itu, ulama tersebut terus sebak dan menangis.  Rancangan soal jawab itu terus ditamatkan dan bersambung pada keesokan harinya.  Sewaktu mendengar jawapan wanita itu, air mata kawan saya juga mengalir."


Awesome kan cerita ni?? I cried too after reading this.




Ada banyak lagi kisah2 yang magical about Mekah.  Get your copy of "Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah", produksi Mastika.  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...