It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


16 August 2011

Tips Menjaga Kesihatan Dalaman (wanita)

1.   Minum air kulit kayu manis (cinnamon)

Pagi2 sebaik bangun dari tidur dan dengan perut yang masih kosong minum air kulit kayu manis.  Cara menyediakannya :  Ambil 3 kulit kayu manis (cinnamon) dan cuci dengan air lalu.  Letak dalam mug dan rendam dalam air panas (bukan air suam).  Setelah suam minum.

Kebaikannya :  Mengikut kajian saintifik (orang2 dulupun dah lama tau) kulit kayu manis mempunyai 'anti-microbial action' iaitu ia menentang pembiakan yis, contohnya sekiranya alat sulit berbau terutama semasa atau selepas haid, maka ia akan menghapuskan bakteria/yeast itu dan seterusnya alat sulit akan tidak lagi berbau, sebaliknya akan berbau wangi seperti baru dicuci dengan Downy...ok lah, yang ni aku exaggerate sikit.  Tak percaya? Cubalah sendiri! Mesti suami anda tersenyum...kalau takde suami?  Cepat2 lah cari hahaha! 

Nota: Minum sehari sekali cukup kerana jika terlebih minum ia akan mencairkan darah anda kerana kulit kayu manis juga 'anti-clotting'.  Kalau ye pun nak cepat cipap tu bau wangi, jgn over, anyway, boleh cuba cucinya dengan air rendamannya.  

2.   Makan jamu serbuk - bukan kapsul atau pil



Bila saya cakap jamu serbuk, bukannya jamu serbuk yang jual tepi jalan, yang entah2 ada pil kuda di dalamnya yang akhirnya buat anda khayal sampai bogel tengah jalan tu.  Saya cadangkan jamu serbuk yang dibuat secara traditional oleh bidan2 tradisional yang zaman mak2 atau nenek kita dulu.  Oh, memang susah nak jumpa sebab orang dulu2 tak pandai marketkan produk dorang kat Watson atau Guardian macam Siti Nurhaliza.  Jangan risau, saya telah menemui jamu2 moden dan setanding jamu2 dulu.  


Saya telah menggunakan jamu dari Nona Roguy, Mustika Ratu dan Mak Dara.  Sekarang setia dengan jamu serbuk Mak Dara.  Ramuan dan rasanya exactly macam bidan2 dahulukala yang jaga saya masa saya beranakkan anak sulung dulu.  Pilihlah yang jenis serbuk.  Saya tak galakkan yang jenis kapsul atau pil kerana kesannya lambat.  Ye, saya nak semua cepat, kalau boleh nak telan sekaligus satu bekas mana tau tetiba badan jadi macam Fazura hahaha!  Berangan sekejap takpe...berangan pun boleh buat kita rasa muda.

Cara makan : Ambil 1 sudu besar, kacau dalam 1 mug air panas.  Bila suam minum.  Mesti minum semasa pagi semasa perut kosong dan sebelum tidur.  Rasanya memang tak sedap tapi nak awet muda dan badan cantik punya pasal telan sahaja.  Oh ye, sila dongakkan sikit kepala bila minum.  Kenapa? Sebab Mak Dara tu yang suruh lah!! Relevannya ialah bila dongakkan sikit kepala air tu cepat masuk tekak so takle rasa macam nak muntahkan balik je.  Faham?  Tak faham, cubalah sendiri dulu.  Aku tulis panjang2pun tak guna kalau kau tak experience sendiri.

Nota:  Jika anda 1st time beli jamu, my advice sila ikut arahan pada label di bekas itu, bukannya arahan yang diberi oleh salesgirl.  Saya suka buat2 bodoh tanya salesgirl macamana nak makan jamu dan dia cakap bancuh dengan air suam, jgn dengan air panas sebab nanti berketul2.  Pastu minum sehari sekali.  Opposite betul dengan apa yang ditulis kat label botol tu.  Nasib baik aku dah lama makan jamu so aku tau mana yang betul.  Kalaulah kena kat makcik2 yang malas membaca tu, telanlah kau jamu yang berketul2 tu sampai bila tak cantik badan tu.  Anyway, nasib salesgirl tu tak suruh makan dengan aiskrim, kalau tak nak jugak aku try...hahaha!

Ok, itu sahaja tips saya untuk hari ini.  Selamat mencuba.  Jangan lupa, ubat yang pahit tu selalunya ialah ubat paling mujarab.  

tata...











9 comments:

  1. salam, nak tnya klu tgn ngandung blh minum ke air kulit kayu manis tu?? sbb msa ngandung kan mmg bnyak kputihan dr biasa??

    ReplyDelete
  2. boleh, tapi jgn kerap. Setengah gelas, 2 minggu sekali saja. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  3. kalaw kerap kenape....huhukayu manis tu panas ke...

    ReplyDelete
  4. Mohon share dengan pengguna www.bieshoppe.com.my TQ admin

    ReplyDelete
  5. Nice sharing...selalu guna kulit kayu manis ni untuk buat sup saja, heee.

    ReplyDelete
  6. Betul tu banyak khasiat kulit kayu manis nie. Jom singgah di wall saya http://www.zaraaishah.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Kayu Manis selalu kita bubuh dalam masakan kari atau pun nasi rempah, nasi minyak dan sebagainya. Khasiat herba tidak boleh di ketepikan kerana ramuan yang harum ini boleh menyihatkan tubuh badan kita. Lawati laman web saya : www.kaykacip.com tq

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. hurm..menarik..kulit kayu manis buat cuci mis V...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...