It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


24 August 2011

Akhirnya saya ke Harrods




muka penat tapi insist mesti tangkap pic kat sini sebagai bukti

Nak tunjuk rebel jugak macam HZ

mak mengajar anaknya rebel jugak













kejap ye, will upload more














21 August 2011

iktiraf, doa taubat (lagu Raihan)



Ni dia lagu yang ustaz tu nyanyi malam tadi...

Wahai Tuhan,
Aku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu

Dosa2ku bagaikan pepasir di pantai...




16 August 2011

Tips Menjaga Kesihatan Dalaman (wanita)

1.   Minum air kulit kayu manis (cinnamon)

Pagi2 sebaik bangun dari tidur dan dengan perut yang masih kosong minum air kulit kayu manis.  Cara menyediakannya :  Ambil 3 kulit kayu manis (cinnamon) dan cuci dengan air lalu.  Letak dalam mug dan rendam dalam air panas (bukan air suam).  Setelah suam minum.

Kebaikannya :  Mengikut kajian saintifik (orang2 dulupun dah lama tau) kulit kayu manis mempunyai 'anti-microbial action' iaitu ia menentang pembiakan yis, contohnya sekiranya alat sulit berbau terutama semasa atau selepas haid, maka ia akan menghapuskan bakteria/yeast itu dan seterusnya alat sulit akan tidak lagi berbau, sebaliknya akan berbau wangi seperti baru dicuci dengan Downy...ok lah, yang ni aku exaggerate sikit.  Tak percaya? Cubalah sendiri! Mesti suami anda tersenyum...kalau takde suami?  Cepat2 lah cari hahaha! 

Nota: Minum sehari sekali cukup kerana jika terlebih minum ia akan mencairkan darah anda kerana kulit kayu manis juga 'anti-clotting'.  Kalau ye pun nak cepat cipap tu bau wangi, jgn over, anyway, boleh cuba cucinya dengan air rendamannya.  

2.   Makan jamu serbuk - bukan kapsul atau pil



Bila saya cakap jamu serbuk, bukannya jamu serbuk yang jual tepi jalan, yang entah2 ada pil kuda di dalamnya yang akhirnya buat anda khayal sampai bogel tengah jalan tu.  Saya cadangkan jamu serbuk yang dibuat secara traditional oleh bidan2 tradisional yang zaman mak2 atau nenek kita dulu.  Oh, memang susah nak jumpa sebab orang dulu2 tak pandai marketkan produk dorang kat Watson atau Guardian macam Siti Nurhaliza.  Jangan risau, saya telah menemui jamu2 moden dan setanding jamu2 dulu.  


Saya telah menggunakan jamu dari Nona Roguy, Mustika Ratu dan Mak Dara.  Sekarang setia dengan jamu serbuk Mak Dara.  Ramuan dan rasanya exactly macam bidan2 dahulukala yang jaga saya masa saya beranakkan anak sulung dulu.  Pilihlah yang jenis serbuk.  Saya tak galakkan yang jenis kapsul atau pil kerana kesannya lambat.  Ye, saya nak semua cepat, kalau boleh nak telan sekaligus satu bekas mana tau tetiba badan jadi macam Fazura hahaha!  Berangan sekejap takpe...berangan pun boleh buat kita rasa muda.

Cara makan : Ambil 1 sudu besar, kacau dalam 1 mug air panas.  Bila suam minum.  Mesti minum semasa pagi semasa perut kosong dan sebelum tidur.  Rasanya memang tak sedap tapi nak awet muda dan badan cantik punya pasal telan sahaja.  Oh ye, sila dongakkan sikit kepala bila minum.  Kenapa? Sebab Mak Dara tu yang suruh lah!! Relevannya ialah bila dongakkan sikit kepala air tu cepat masuk tekak so takle rasa macam nak muntahkan balik je.  Faham?  Tak faham, cubalah sendiri dulu.  Aku tulis panjang2pun tak guna kalau kau tak experience sendiri.

Nota:  Jika anda 1st time beli jamu, my advice sila ikut arahan pada label di bekas itu, bukannya arahan yang diberi oleh salesgirl.  Saya suka buat2 bodoh tanya salesgirl macamana nak makan jamu dan dia cakap bancuh dengan air suam, jgn dengan air panas sebab nanti berketul2.  Pastu minum sehari sekali.  Opposite betul dengan apa yang ditulis kat label botol tu.  Nasib baik aku dah lama makan jamu so aku tau mana yang betul.  Kalaulah kena kat makcik2 yang malas membaca tu, telanlah kau jamu yang berketul2 tu sampai bila tak cantik badan tu.  Anyway, nasib salesgirl tu tak suruh makan dengan aiskrim, kalau tak nak jugak aku try...hahaha!

Ok, itu sahaja tips saya untuk hari ini.  Selamat mencuba.  Jangan lupa, ubat yang pahit tu selalunya ialah ubat paling mujarab.  

tata...











07 August 2011

Apa ada pada gambar?


Tangkaplah gambar banyak2. Kenapa?

sebab momen2 itu tidak akan dapat diulang lagi

tak kisah apa ke gambarnya, cantik ke, buruk ke,

yang penting peristiwa itu atau momen2 yang dirakamkan

If you or people around don't seem to appreciate it now

i guarantee, in 5 or 10 years...THEY WILL

p/s  ada orang kata ambil gambar tu haram tapi sebenarnya dia taknak ambil gambar dia sendiri sebab dia tahu rupa dia buruk, kan? kan?  cuba kalau kau tu lawa macam Fazura...dah tentu kau lambakkan gambar2 kau kat fb kan???  Tolonglah, jangan hipokrit...jadi je diri sendiri!


04 August 2011

Yuna - Come As You Are (Official Video)


Just be whoever you are or who you were...





Originally sang by Kurt Cobain (Nirvana)

Pilihan


Hidup ini penuh pilihan 
Usah salah diri jika kita memilih jalan salah
kerana jalan salah itu
sebenarnya membimbing kita
ke jalan yang kita inginkan...

03 August 2011

merepek

tadi baca blog peej.  macam biasa aku tersenyum sorang2 tapi yang tak tahan tengok gambar2 food kat sana.
sedapnya...ye..sedap sangat.  pasni konfem aku nak cari ikan tenggiri jeruk masin untuk buat buka posa.

ok bye.

entry ni saje2 asal ada entry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...