It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


31 March 2011

I.G. Kiddies

learning to play castanets



music & movements








more pics coming up
butthurt cos loading slow giler



30 March 2011

Siapa suruh baca ni?



Saya sangat suka dengan entry blog Obefiend ni.  Kalau anda pun suka sila click "Like". . . eh! sorry, "Like" takde kat sini dowh - ni bukan pesbuk.




(F.O.A) - Freedom of Association: Collected Tweets #3: "Because I am too lazy to bloody write How to know someone JUST started using a TOUCHSCREEN SMARTPHONE? Easy.. they still rave about Angry ..."





29 March 2011

My quote

Kita tidak boleh memaksa orang lain melihat melalui kacamata kita
. . .  power spek kita berbeza2   - Lemonade -  






Disebalik Rahsia Cinta- Metropolitan


Lagu ni sungguh deep sebenarnya . . .





Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan…
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Confession #2

I've stopped wearing black starting today.  


Gloomy is just not me

23 March - Abah & Hani's Birthdays



Dad, look at me! am i supposed to be the centre of attraction here?




Ajun,  kaklong nangis tiap kali tengok pic ni...nak lagiiii




Bib - terus lupa apa itu calories















sila buat spekulasi














p/s  Abah tak dapat datang  :-(


Because I Love You - Shakin Stevens



Well I'm sorry if it sounds kinda sad,


It's just I'm worried, so worried that you let me down




28 March 2011

What am I supposed to say





What am I supposed to do
when the best part of me was always with you


What am I supposed to say 
when I'm all choked up that you are ok



Tarian poco-poco diharamkan

sebenarnya aku tak sanggup nak letak pic ni tapi...

First time aku tengok orang menari poco2 masa kat TV a few years back.  I thought it came from Indonesia and wonder why we have to bring in foreign culture when we have our Zapin and tarian Endang.  Then, aku tengok tarian ni semakin popular kat komuniti kita sampaikan ada kompeni korporat jadikan aktiviti mingguan lak - WTH.  


Aku tak minat nak join tarian ni sebab sebab aku rasa macam kelakar je tarian dia.  Kat gelanggang sebelah Kolam Renang Awam tempat anak2 blajar swimming ada wat tarian tu every week anjuran ntah apa nama persatuan wanita.  Tak silap RM2 je klau nak join.  Maka berduyun2 la orang pompuan (lelaki pun ada kut) join termasuklah makcik jual nasi lemak yg dekat kedai tu dan akak2 yang baru balik dari ofis.  Aku rasa la kan (aku bukan reporter Harian Metro so aku agak2 je la) dorang ni aku rasa bukan nak sangat menari2 tu but maybe it seems kalau bersenam melalui tarian poco2 maybe more enjoyable.  Lagipun takkan la makcik2 nak buat shuffle lak hahahahaha!!!








Oleh sebab tarian poco2 ni dah diharamkan maka adakah followers poco-poco ini akan beralih ke shuffle atau tarian 1M satu hari nanti :S







27 March 2011

Kita semakin jauh

Kita semakin jauh 


tapi dia semakin dekat 


menunggu 


tapi tidak mengharap



26 March 2011

Confession # 1



I don't EAT when I'm SAD


but I do SHOP for things I don't need when I'm SAD


. .  (and when I'm not so sad too)



25 March 2011

What if ??


I have many dreams and aspirations but they remain as dreams as I'm bounded by my fears, rules, limitations...

but what if, one day I found out 
that I'm no longer governed by my fears?

Would I be brave enough to do things I fear before?

Will it then, take me to my dreams or highest potential?

or be the cause of my own destruction?





24 March 2011

Chill out!!










I'm still a muslim



I was told by a male friend of mine that I've been too 'outspoken' for discussing about Islam openly in FB.  He thinks I shouldn't talk about it in public especially in social network.  Why? because I'm freehair (unveil)? because I wear jean sendat (tight jeans), because I highlighted my hair (just for the record: I highlighted my hair because I think a few streaks need more attention than others haha!! not so funny eh?).  Is he trying to say that only the ustazah with tudung labuh and ustaz yang ada 2 tanda hitam kat dahi je boleh bincangkan hal ni.


All muslims have the right to discuss about Islam.  Don't make Islam a taboo topic amongst ourselves.  It's our religion.  If we can discuss freely about artists dressing inappropriately, about politician vid sex then why shouldn't we make things clear about our own religion??


just a thought . . .


p/s  I'm not perfect . . .



I AM MALAY

1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.

2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

3.
Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.



8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.

9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.

10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.

11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.





extracted from Tun Dr Mahathir's blog
click here for more



SAH KOPI RAILWAY KLUANG TAK HALAL.

click here
HAZREY. WHO?: UPDATED: SAH KOPI RAILWAY KLUANG TAK HALAL.: "Sedang hangat diperkatakan di laman facebook, mendakwa kopi railway kluang tak halal. Sumber sumber di Jabatan Agama Islam Johor yang aku hu..."




satu 'oink' untuk kau, satu 'oink' utk aku 


harga boleh tahan




p/s    biasa la orang kita...asal nampak kat situ pompuan bertudung atau berkopiah makan/minum sana atau waitressnya bertudung terus je di chop kedai tu halal . . . .WTH


p/s/s   aku minum kopi buatan sendiri sambil duduk tepi railway









23 March 2011

Not the end of the world



To anak sulung kesayangan mama Natasha 
(yang baru dapat result SPM), 




Read this first 


Yes, this is not the end of the world

but it might be the end of my saving accounts!!!



Dah besar nak jadi apa?

Soalan yang selalu ditanya masa kita kecik-kecik dulu (apsal org cakap 'kecik-kecik' eh?).  Skrang dah besar or should I say dah 'besar-besar', aku tujukan soalan yang sama kat anak murid.  Jawapan klise dorang ialah nak jadi doktor, cikgu, peguam...

Dulu aku memang bertekad taknak jadi cikgu.  Sebabnya mak bapak aku cikgu dan aku rasa jadi cikgu ni satu kerja yang amat tak glamour.  Tiap2 malam keje mak bapak aku merait buku & tulis Buku Ringkasan.  Cuma bila Hari Guru je aku rasa macam pekerjaan ni job yang happening sebab mak bapak aku bawa balik banyak hadiah.  Ada bagi bunga, coklat, pen merah dan macam2 lagi akupun dah tak hingat.  Tapi yang aku tahu aku la orang yang paling excited hari tu sebab bila sampai je umah aku yang jadi tukang bukak hadiah2 tu.  Kalau hadiah tu coklat atau kek cepat2 aku lahap sebelum adik2 aku nampak.  Kalau buku nota kecik2 tu aku dah awal2 sorok sebab takut adik aku sambar.  

Aku rasa mak bapak aku paling suka kalau dapat hadiah pen merah.  Yelah, pen merah ni kan kena guna setiap hari so takyah mak bapak aku dok asyik beli pen je.  So, nowadays bila tiba je nak Hari Guru aku dah siap belikan berkotak pen merah untuk anak2 aku bagi kat cikgu dorang.

Masa mak bapak aku mengajar kat kampung, kiranya ulu jugak la sekolah ni (on way kiri kanan penuh hutan dan kebun2 je) sebab dorang kena kuar umah kul 6 pagi tak silap aku (nama sek aku tak ingat dah) time Hari Guru dorang tak la dapat hadiah mahal mahal macam masa ngajar sek kat bandar tapi aku cakap hadiah2 dari dorang ni cukup tacing (touching).  Most of them adalah anak petani, buat keje kampung je, tinggal rumah papan, datang sekolah pun ada yang pakai selipar je.  Dorang tulis surat2 ucap terima kasih kat cikgu.  Ayat2 dorang memang kelakar, ye la,  bayangkan budak darjah 1, 2, 3 tulis surat.   Aku yang baru 6 tahun pun tacing bila baca surat2 dorang.  Bila musim buah lagi best.  Penuh la satu but kreta dengan durian, rambutan, manggis, langsat.  Sume tu anak2 murid bagi.  Bila diingat balik aku rasa macam nak kembali ke zaman tu balik.  Orang kampung memang baik hati dan penuh dengan budi bahasa dan adab sopan yang tinggi. 

O ye, masa aku umur 6 tahun mak aku masukkan darjah 1 kat sekolah mak aku ngajar ni.  Aku pun suka la bila dapat ikut mak gi keje, mak sendiri ajar kan best...boleh manja2.  Lagipun senang la mak bapak aku angkut aku sekali gi keje.  Masa tu mak bapak aku ngajar sekolah yang sama.  Kalau nak tau kelas darjah 1 tu bangunannya macam rumah kampung klasik (aku mmg jakun masa tu sebab 1st time masuk kg), walaupun dari kayu tapi macam cosy je...kalau korang tgk citer P.Ramlee (tajuk tak ingat) jadi cikgu tu,  haa...camtu la rupa kelas dia tapi lagi cantik la.   Kat sebelah bangunan tu siap ada kolam kecik, penuh dengan berudu.  Bila waktu rehat & balik sini la heaven aku...duduk tepi kolam, seluk tangan tangkap berudu tu.  Kekadang aku picit2 berudu tu (masa tu aku tak tau berudu tu anak katak, aku ingat tu anak2 ikan hodoh hahaha!).

Ok back to kisah 1st time masuk ke kelas tadi.  Mak suruh aku duduk depan sekali, lepas tu mak tinggalkan aku.  Melalak la aku kat kelas tu. Aku ingat mak aku yang ajar kat kelas tu, rupa2 cikgu lain hahaha...padan muka.

p/s  risau...anak sulung tak dapat decide lagi apa cita2 dia






How to lose weight faster (my way)

I found it almost impossible to lose weight after I had my 5th child.  I love food especially rice and chocolates.  Now at the age of 40 it's impossible to lose weight by just dieting or counting calories.  Through trial & error and with some help from Google,  I've found out how to lose weight faster.  I've lost 2 kgs in less than a month.  Here's how.


1.  DO NOT EAT AFTER 7PM


If you feel like really really hungry then please your stomach with an apple or a spoonful of oat.


2.  DO NOT EAT RICE AFTER 2PM OR NO RICE AT ALL


Rice not only makes me fat but I FEEL fat too after having it.  But I don't think anyone can resist rice with masak lemak cili api, right?  I would eat it slowly...I mean VERY SLOW...like munching a spoonful of it for 44 times in mouth before allowing it down to my throat.  That way, I savour the taste and already feel full before the 4th spoonful.  Get it?  (kekadang aku terbabas lantak 3 pinggan jugak...tak tahaannn!!)


3.  EXERCISE REGULARLY


You have to be very determine when it comes to exercise.  What you really need is WILLPOWER. 


(a)  Jog 30 mins a day. You'll lose weight faster if you do this every morning (or evening) for 30 days (but make sure you do proper warm-up first).  After a continuous 30-day, you'll get your momentum and never want to miss a day! (trust me).  Get a jog partner if you feel uneasy jogging alone (i prefer MP3 as my partner ;)


(b)  If you go to gym, make sure you're on the treadmill for at least 20 mins and another 20 mins on the cross-trainer.


4.   DRINK A LOT OF WATER & EAT MORE FRUITS


Drink water whenever you feel hungry especially after 7pm or after exercising.  Keep yourself away from carbonated drinks (including diet cola).  If you really really have to eat after a workout, grab an apple, banana or papaya but NOT pineapple (I got cramps & body ache after having it).


5.  DRINK LIME JUICE AFTER HEAVY MEALS


Lime juice is good for detox.  Make sure you do not add sugar.  Only use lime or lemon (limau nipis is the best! tak mau limau kasturi ok :)


GOOD LUCK!!


p/s    Please bear in mind that we want to look good, feel good & stay fit for OURSELVES! Not for getting compliments from others (but that would be a bonus & motivation too right?).  Don't do it to please your hubby, spouse, colleagues or other people out there.  Just do it for yourself!  You only got one body so take it SERIOUSLY!!





Kuciwa


Aku amat kuciwa these last few days.  

Bukan sebab anak2 degil tak mau blajar

bukan sebab dia tak letak kat status fb 'i miss u'

bukan sebab baju berlambak tak basuh (yg belum lipat jgn cakap la)

bukan sebab duit aku dah abis kat kat bundle PD tu

bukan sebab dia tak jawab email arini

bukan sebab perut aku berkeroncong lagu Ahmad Jais tak makan nasi 3 hari

tapi tapi tapi sebab...

upload gambar sekeping kat sini amik masa setengah jam! 





21 March 2011

Friends Forever (Georgian '88)

We meet again... after 24 years!!!


Georgian '88 mini-reunion (gals only)
18 March 2011
at Seaview Restauran, Kemayan Square

Maziaton, me , Nor Faznita

Azizah, Rusnaliza, Lailetaty, Nurma

Nurma, Rozana, Amelia, Khatijah

Rozana, Nor Faznita, Maziaton

Maziaton, Suzani, Amelia, Azizah

Maziaton, Khatijah, Lailetaty, Nor Faznita, Sharifah, Suzani

me & Lailetaty

Maziaton & Lailetaty
p/s  upload photos 1st, story mory next entry...(feeling sleepy)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...