It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


12 March 2014

Syukur dapat bersalin normal

Niat asal menulis blog ni ialah untuk menyatakan syukur atas segala pemberian Allah.

Just now baca catatat akak Hanis Zalikha, Liana yang pregnant, dan kena bersalin cara pembedahan kerana anak songsang. Tak sanggup nak baca sampai abis kisah doktor cuba pusingkan kedudukan baby dalam perutnya supaya dapat bersalin normal.  

Syukur Allah bagi kesenangan aku semasa mengandungkan kelima-lima anak, dan kesemuanya bersalin normal.  

Banyak nikmatnya bersalin normal ni
Antaranya perut cepat slim ke keadaan asal

kerana?

Sebab dapat berurut semasa pantang
Sebab dapat letak krim panas buang lemak di perut
Sebab dapat barut perut, ikat ketat2 maka bentuk pinggang dpt kembali asal
Sebab dapat bergerak lebih aktif sebb tidak perlu jaga jahitan
maka lebih byak peluh keluar



11 March 2014

Nak blogging kembali sebab...

Aku nak aktif balik berblogging from now on...

Why?

Sebab banyak benda berlegar di fikiran aku
tapi aku tak dapat luahkan di facebook

Kenapa?

Sebab bila aku tulis kat wall facebook aku kena tulis berhati2
aku kena tulis tapis2 sebab 
90% frens aku adalah kawan2 sekolah aku yang rata2 pompuan
Orang pompuan ni sensitif

Aku selalu tulis di fb in general
in fact aku tak sebut nama
tapi ada minah yang sensitif tak bertempat

Contohnya
Aku tulis pasal produk2 langsing yang sememangnya 
hanya membazirkan duit wanita
Pastu ada minah ni bagi komen laser 
Rupa2 dia jual produk tu, mana la aku tau kau jual?
Lagipun aku x sebut nama produk





Pray for MH370

Tujuan aku tulis entry ni adalah sebagai peringatan untuk diri sendiri dan anak2

Aku berpegang teguh bahawa Allah sangat menyayangi umatnya walaupun umatnya banyak berbuat dosa dan melupakanNya.  Disebab itulah Allah turunkan bala, musibah, susah, duka supaya kita sebagai orang Islam sedar dari kelalaian dan kealpaan.

I''m saying and BELIEVE in this bukan sebab ustaz cakap, bukan sebab mak bapa aku cakap, bukan sebab apa youtube cakap, bukan sebab aku baca di media sosial( yang memang so-sial) bagi aku...tapi sebab aku mengalaminya sendiri dan juga dari pemerhatian aku terhadap apa yang terjadi di sekelilingku.

Kenapa tetiba aku teruja tulis kat sini after berbulan2 aku senyap? One of the reasons is because of the 'misteri' kehilangan kapalterbang MH370.   Kalau ada lagi manusia yg tau lagi kes missing aircraft ni, maybe lebih baik kau bunuh diri sekarang....

Since day 1 kes ni, kerja aku ialah menghadap tv.  Pastu masuk hari ke 2 bila macam takde penemuan positif yang dapat selesaikan di mana plane berada, aku mula cakap kat diri sendiri 'Apa kejadahnya aku tengok tv siang malam sampai baju x sidai, masakpun tak, sampaikan nak mandi dan solatpun aku kena tunggu time iklan....begitulah teruknya obses aku kat kes ni.  (tapi kes aku obses dengan citer Filipina Be Careful With My Heart tu lagi teruk sebenarnya) *Oh Maya, kenapa la kau jatuh hati dgn Ser Chief si duda kaya tu? Kalau aku jadi kau, aku pilih Kapten James Ventura yg single tapi kaya jugak tu....*

Ok berbalik kat kes missing aircraft ni....
Honestly, aku bosan tahap gaban dgn tv yg interview entah sapa2 yg bgi teori entah apa2 tu. But then MHI TV3 saves the day when they interviewed these the 2 MAS captains.  Aku rasa apa yang diperkatakan oleh Kapten Noruddin is the solution to the misi pencarian MH370 iaitu :

1) Orang2 soleh (Ustaz, para Ulamak) hendaklah bersatu hati membuat solat hajat meminta pertolongan Allah agar diketemukan pesawat tersebut.

2) Waris2 penumpang2 dan crew pula hendak melakukan Solat Taubat dan Solat Hajat. Kenapa mereka? Sebab doa mereka lebih afdal kerana mereka akan berdoa dengan penuh emosi kerana mereka paling rapat dgn mangsa dan emosi mereka apabila merayu dan meminta pada Allah lebih dekat. (I don't know how really to describe this in words but i know sesiapa yang menonton video MHI TV3 about this case know exactly what I mean)

Ok, sambung esok. Nak tengok berita jap...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...