It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


11 March 2014

Pray for MH370

Tujuan aku tulis entry ni adalah sebagai peringatan untuk diri sendiri dan anak2

Aku berpegang teguh bahawa Allah sangat menyayangi umatnya walaupun umatnya banyak berbuat dosa dan melupakanNya.  Disebab itulah Allah turunkan bala, musibah, susah, duka supaya kita sebagai orang Islam sedar dari kelalaian dan kealpaan.

I''m saying and BELIEVE in this bukan sebab ustaz cakap, bukan sebab mak bapa aku cakap, bukan sebab apa youtube cakap, bukan sebab aku baca di media sosial( yang memang so-sial) bagi aku...tapi sebab aku mengalaminya sendiri dan juga dari pemerhatian aku terhadap apa yang terjadi di sekelilingku.

Kenapa tetiba aku teruja tulis kat sini after berbulan2 aku senyap? One of the reasons is because of the 'misteri' kehilangan kapalterbang MH370.   Kalau ada lagi manusia yg tau lagi kes missing aircraft ni, maybe lebih baik kau bunuh diri sekarang....

Since day 1 kes ni, kerja aku ialah menghadap tv.  Pastu masuk hari ke 2 bila macam takde penemuan positif yang dapat selesaikan di mana plane berada, aku mula cakap kat diri sendiri 'Apa kejadahnya aku tengok tv siang malam sampai baju x sidai, masakpun tak, sampaikan nak mandi dan solatpun aku kena tunggu time iklan....begitulah teruknya obses aku kat kes ni.  (tapi kes aku obses dengan citer Filipina Be Careful With My Heart tu lagi teruk sebenarnya) *Oh Maya, kenapa la kau jatuh hati dgn Ser Chief si duda kaya tu? Kalau aku jadi kau, aku pilih Kapten James Ventura yg single tapi kaya jugak tu....*

Ok berbalik kat kes missing aircraft ni....
Honestly, aku bosan tahap gaban dgn tv yg interview entah sapa2 yg bgi teori entah apa2 tu. But then MHI TV3 saves the day when they interviewed these the 2 MAS captains.  Aku rasa apa yang diperkatakan oleh Kapten Noruddin is the solution to the misi pencarian MH370 iaitu :

1) Orang2 soleh (Ustaz, para Ulamak) hendaklah bersatu hati membuat solat hajat meminta pertolongan Allah agar diketemukan pesawat tersebut.

2) Waris2 penumpang2 dan crew pula hendak melakukan Solat Taubat dan Solat Hajat. Kenapa mereka? Sebab doa mereka lebih afdal kerana mereka akan berdoa dengan penuh emosi kerana mereka paling rapat dgn mangsa dan emosi mereka apabila merayu dan meminta pada Allah lebih dekat. (I don't know how really to describe this in words but i know sesiapa yang menonton video MHI TV3 about this case know exactly what I mean)

Ok, sambung esok. Nak tengok berita jap...








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...