It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


03 May 2011

Dia Bukan Cinta No. 1


Nombor 1 Allah
Nombor 2 Rasulullah 
Nombor 3 suami


Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika  pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. 


Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. 


Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.
Jangan pinggirkan Allah 
kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. 


Jangan dilupakan Rasulullah 
kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. 


Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. 


Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!
Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!

ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...