It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


14 February 2011

How to make Jamu Kecur

Dulu saya bukanlah orang yg beauty conscious sangat.  Lagi2 dah ada anak 5, mandi pun kena 10 minit je.  Takdenya masa nak berscrub, berlulur atau belek muka lama2 depan cermin lagi mcam masa anak dara dulu.  But on my in-laws side got beautiful skin.  Aku tak penah nampak my MIL and SIL ada jerawat kat muka.  Maybe because my MIL orang Jawa so dia banyak pantang-larang...in fact, jamupun dia buat sendiri.  When I was in confinement after delivery of my 1st baby the bidan (org Sarawak) buat sendiri jamu & ubat2 ni.  Diorang tak pakai pil2 atau kapsul macam sekarang.  One of the jamu/ubat yang saya makan tu dibuat dari sirih.  I think dikeringkan dulu dan diblend and they put other daun ke abenda aku tak tau la.  Jadi macam rupa pasir warna coklat kehitaman.  My MIL akan campurkan sikit air pastu aku kena minum setiap pagi selama 55 hari.   Rasa dia macam minum pasir! Sumpah serius.  Ada macam2 lagilah homemade jamu yang aku kena makan.  But at the end of the pantang MEMANG BERBALOI!  

18 years ago
1st time aku tunjukkan pic aku dlm pantang (1st baby)
'bungkus' baby pon tak betol!
*klasik pic ni oooi*



Now
baby berat 3.5kg tu
dah besar panjang 5'7"

Here's how to make the 'jamu'.  Fyi, before aku minum jamu ni aku dah buat research dulu baru aku berani minum jamu ni and I find out that the ingredients memang scientifically proven very beneficial. Jamu ni boleh disimpan seminggu dalam fridge so korang buat la dalam 1.5 liter (besar botol coke yang besar tu) dan minumlah pagi2.  Selawat dulu.  Rasanya masam2 manis.  Bagi aku lebih sedap dari minum Coke.

Bahan2
1.  Kunyit hidup *buang kulit) (kalau boleh pilih ibu kunyit)
2.  Halia *buang kulit*  (saya suka halia muda sebab senang nak blend)
3.  Limau nipis *ambil air perahan*(Elakkan guna limau kasturi- kalau dah terbeli ko buat je la sambal belacan)
4.  Cekur *buang kulit* (kat bawah ni aku dah letak pic cekur, yelah in case korang org2 urban).  Selalunya kat pasar malam je ada jual ni.

cekur dgn daun2nya sekali 
cekur dah dibuang akar dan daunnya (guna yg ni, daun & akar buang yo)


5.  Madu (Pastikan madu lebah tulen (guna dalam 1/2 cawan, lebih sikit pun takpe)


Campurkan air dalam 1 liter dan blend kesemuanya hingga lumat.  Tapis dan ambil airnya sahaja.  Lepas tu baru masukkan MADU.  Sekarang boleh minum.  Lagi fresh lagi bagus.

KEBAIKAN

1.  Mengecutkan rahim
2.  Mengempiskan perut (especially akibat tak berbarut masa dlm pantang dulu)
3.  Melancarkan haid
4.  Melancarkan pencernaan
5.  Merawat luka dalam
6.  Memberi tenaga (so taklah rasa macam maleh je pegi keje)

p/s  Nak seribu daya, taknak seribu kedut



13 comments:

  1. thanks for the tips, nak guna petua ni lah insyaallah.....(selalunya mula mula je beriya iya, then dah malas)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Khatijah for reading. Rajin2 la amalkan. InsyaAllah mujarab.

      Delete
  2. nak tanya...tak payah didihkan ke lepas diblend...maknanya guna air masak lah semasa kita blend semua tu.. thank for sharing..

    ReplyDelete
  3. Anon: Ye, tak perlu didihkan. Guna air masak masak blend tu. Jika dididihkan nanti khasiat hilang. Maaf lambat reply, baru baca komen ni

    ReplyDelete
  4. oh ,Thanks for the information .I really intersted to make jamu.I just wanna ask you. Now, i'm 20 years old . im not married yet. is it your jamu suitable for me??? thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lmbat reply. Lama x buka blog. Not suitable utk anak dara sbb ia mengecutkan rahim. Tapi digalakkan after u dah kawin dan ada anak ya. tq sbb baca blog saya

      Delete
  5. Salam...sis sukatan setiap bahan mcmn? Tq

    ReplyDelete
  6. Salam...sis kalau utk fully bf blh amlkan x?

    ReplyDelete
  7. akak,
    love the nak seribu daya and tak nak seribu kedut.. buat saya tergelak

    ReplyDelete
  8. Kalau nak buang angin pon bagus jamu ni kan?

    ReplyDelete
  9. Kalau nak buang angin pon bagus jamu ni kan?

    ReplyDelete
  10. Saya tak pernah makan jamu serius.
    Boleh kah jamu ini diguna oleh wantita yang telah menjalani pembuangan rahim dan ovari, jika boleh berapa lama boleh makan jamu ini selepas dari tarikh pembuangan rahim?. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Salam sis, utk yg full bf bleh amalkan? Minat sangat nak cuba tapi takut kerana masih menyusukan anak yg berumur 2 tahun;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...