Minggu lepas mama buka FB. Nowadays jarang dah kat sana sebab ramai sangat yang hipokrit. Tulis berapi-api mengkritik orang tapi bila dorang ni kena kat diri sendiri tau plak dia naik hangin.
Yang kelakarnya ada kawan sekolah mama post kat FB gambar dia pegi open house yang dianjurkan oleh kawan sekolah dia jugak. Yang kelakarnya dia post gambar dia pakai jilbab tutup muka tu dan tuan rumah punya lubang hidung hahaha!!! Dia kata gambar2 tu anak dia yang kecik ambik pakai hp dia. Nasiblah aku tak pegi kat open house tu...eh bukan taknak pergi tapi aku tak dijemputpun. Anyway, lagipun kalau dijemputpun mama bukannya suka pergi open house pun. Sekadar datang salam, ucap 'maaf zahir batin' kat tuan rumah yang bukan datang dari hati, makan, buat2 senyum dengan orang sekeliling dan bertanya kabar yang tak seikhlas mana tu....haha...not me. Lebih baik duduk rumah siram bunga.
Banyak yang kita dapat tahu mengenai seseorang hanya dengan melihat cara seseorang itu berFB. Ada orang kata jangan tag gambar yang mendedahkan aurat kat fb so orang yang bercakap begitu taglah gambar dia berjilbab (tutup muka setengah, nampak mata je). Dari kefahaman aku selalunya orang yang macam tu selalunya perempuan2 jelita yang amat sangat sampaikan lelaki tengok muka dia terus timbul ghairah. Tapi kawan ni taklah secantik Fazura dan Fasha. Jauh panggang dari api...tapi apahal nak tutup2 muka tu? Anyway, mama rasa mama tau kenapa dia pakai camtu...takyah citer sini...i think deep in her heart dia tahu kenapa. Jangan dia fikir dia buat tu kerana Allah cukup lah sebab dalam Islam tak suruhpun tutup muka tu kecuali kalau kau cantik giler.
Apa agaknya rasa tuanrumah tu yang gambar lubang hidungnya di tag kat fb. Kok ye pun nak tag gambar, fikir2 perasaan dia. Taglah gambar kawan2 kita yang dalam posisi menarik, cantik dan bukannya gambar yang menyebabkan orang nampak lubang hidung dia. Walaupun, dia tak komen apa2 kat gambar tu, tapi mestilah dia malu sebab gambar tu membuatkan orang gelakkan dia...
alahai...
No comments:
Post a Comment