It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


06 December 2011

Dah married?


Pagi tadi buka FB.  Tengok kat wall dia tulis dah 'married'.  Maka ramailah yang ucap tahniah termasuklah aku.
Nak kata aku terkejut tak juga sebab I remembered I hantar dia jumpa bf dia one day bcos she said they want to go to Perak for few days.  In my mind ni mesti nak kawin kat sana.  Kat Perak senang nak kawin tanpa persetujuan ...ehem2.  But of course, aku tak pernah tanya dia directly.  Bukannya aku taknak tanya dia tapi takut dia fikir aku busybody atau mungkin juga firasat aku mengatakan dia tidak akan berterus-terang dengan aku pasal hal ni.

So bila pagi ni dia dengan beraninya declare di FB dia dah married so aku rasa betullah tekaan aku tu.  Patutlah bila aku sms dia few days ago dia kata dah sebulan tak bertegur sapa dengan mak dia.  Maybe mak dia tak setuju dia kahwin dengan ..ehem (aku taknak tulislah perkataan tu sebab aku tahu ada pompuan tak suka especially orang yang pernah atau sedang dimadukan).

Anyway, personally I sokong dia kahwin dengan that guy.  Sebab utamanya ialah kahwin itu menghalalkan yang haram.  Bab rampas-merampas tu itu cuma ciptaan budaya orang Melayu.  Dalam Islam tidak ada istilah itu kerana jodoh dan maut di tangan Allah.  Siapalah kita hendak menyekatnya.

Aku mendoakan yang terbaik untuk kau sebab kau berhak mendapat apa yang kau inginkan. Bukankah kebahagiaan itu milik semua?  Ya, Allah itu maha penyayang kan...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...