It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


21 September 2011

Sentuh dan Bela Anjing Tak Haram

i love dogs too...and all other 4 legged creatures


Sejak azali (apa kebendanya maksud 'azali' akupun tak tau) aku memang tak suka bila orang mengutuk gambar orang Islam memegang anjing atau babi.  Seolah2 Islam itu membenci anjing, babi...padahal Islam menyuruh kita berbaik2 sesama manusia dan haiwan juga.  I might be shallow about the whole Islamic thing but I remember clearly what I read in buku Agama masa sekolah menengah dulu memang clearly stated kita BOLEH PEGANG ANJING DAN BABI tetapi selepas pegang, samaklah anggota badan yang kita yang kena tu.  Tu je.  Sapa pulak yang keluar fatwa nampak anjing, babi kena baling batu, kena bunuh atau kita automatik jadi orang kafir bila pegang anjing?  haha. Kelakarlah korang ni.  Aku sokong komen yang aku jumpa kat blog Beautiful Nara ni.

Walaupun aku pernah kena kejar anjing tapi aku taklah benci haiwan ni.  Aku pun ada kemahuan nak pegang anjing poodle macam Nanu tu he he..honestly. Maybe one day aku pegi mintak izin kat my chinese neighbour belai2 poodle dia.  Dah pegang atau belai2 tu, kita samak la tangan kita.  Takyah susah2 nak cari tanah sampai kena gali kebun bunga depan rumah, kalau korang tinggal kondo lagilah susah nak cari tanahkan?  Sabun Taharah kan ada.  Ye, Islam itu memang agama sepanjang zaman.

Mungkin next entry aku letak gambar aku peluk anjing..tapi..tapi...nak ke anjing tu peluk aku?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...