It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

21 September 2011

Sentuh dan Bela Anjing Tak Haram

i love dogs too...and all other 4 legged creatures


Sejak azali (apa kebendanya maksud 'azali' akupun tak tau) aku memang tak suka bila orang mengutuk gambar orang Islam memegang anjing atau babi.  Seolah2 Islam itu membenci anjing, babi...padahal Islam menyuruh kita berbaik2 sesama manusia dan haiwan juga.  I might be shallow about the whole Islamic thing but I remember clearly what I read in buku Agama masa sekolah menengah dulu memang clearly stated kita BOLEH PEGANG ANJING DAN BABI tetapi selepas pegang, samaklah anggota badan yang kita yang kena tu.  Tu je.  Sapa pulak yang keluar fatwa nampak anjing, babi kena baling batu, kena bunuh atau kita automatik jadi orang kafir bila pegang anjing?  haha. Kelakarlah korang ni.  Aku sokong komen yang aku jumpa kat blog Beautiful Nara ni.

Walaupun aku pernah kena kejar anjing tapi aku taklah benci haiwan ni.  Aku pun ada kemahuan nak pegang anjing poodle macam Nanu tu he he..honestly. Maybe one day aku pegi mintak izin kat my chinese neighbour belai2 poodle dia.  Dah pegang atau belai2 tu, kita samak la tangan kita.  Takyah susah2 nak cari tanah sampai kena gali kebun bunga depan rumah, kalau korang tinggal kondo lagilah susah nak cari tanahkan?  Sabun Taharah kan ada.  Ye, Islam itu memang agama sepanjang zaman.

Mungkin next entry aku letak gambar aku peluk anjing..tapi..tapi...nak ke anjing tu peluk aku?


02 June 2011

Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.


11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentiasa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adakah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

07 May 2011

Happy Mother's Day



A parent's love is whole - no matter how many times divided




p/s    rasa nak gelak guling2 bila baca kat FB orang tulis celebrate Mother's Day is haram because it's not stated in the Quran & Hadis.   Surely, only morons would say such a thing.  Islam meletakkan darjat yang tinggi kepada seorang Ibu.  Islam itu indah bukan sempit dan kolot. (Aku pasti semua muslim menyambutnya demi menghargai pengorbanan ibu mereka sendiri, bukan mother Rhea)



  










15 March 2011

It's awesome place to be but I would feel spooky to dip myself in it

11 March 2011

Bila mama ada duit la

Bila mama ada duit...& masa, kita buat ni kat bilik korang ...mungkin



anak:  ye la tu mama *nada kurang percaya*


10 March 2011

Siapa yang perampas?!!


Kisah ini saya ambil dari blog seorang kadi...ye, pak kadi pun dah pandai buat blog sekarang

Isteri ini bernikah dengan suaminya seorang duda tiada anak. Perceraian suaminya itu katanya berpunca daripada perkahwinan 5-6 tahun tiada anak, kemudiannya bercerai. Pernikahan suaminya kali kedua ini, dapat dua orang anak. Jadi kiranya berjayalah suami buktikan bukan dia yang tak hebat tetapi bekas isterinya yang 'mandul', katanya.

Dalam 5 tahun hidup bahagia, senyap-senyap, suaminya bernikah semula dengan bekas isterinya. Bila isteri tahu, naik hangin betul. Diserangnya isteri kedua itu di pejabat. Yang kelakarnya, dia tuduh perempuan tu rampas suami dia. Perempuan itu jawab, dia bukan perampas tetapi suaminya bercerai sebab ada perempuan lain yang rampas. Sekarang ini perempuan itu keliru, siapa isteri pertama dan siapa isteri kedua.

Suami nampaknya rilek saja dan bersikap penyabar dan tak cepat melenting. Biarpun berguni-guni bebelan dan ceramah motivasi yang didengar dari isterinya, dia tetap tak jawab, cuma sekali sekala keluar ke kedai mamak mencari ketenangan.

source : kadikluang.blogspot.com

Why Men Dump Women


Ini untuk anak2 mama - Tasha & Akid

One day you will fall in love and this vid might help you to understand guys (or why I always tell you to 'jual mahal')





20 February 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...