It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


25 September 2012

TODAY IS THE DAY!

TODAY IS MY 41st BIRTHDAY!

Ya, saya tulis ni besar2 sebab saya perasan saya sangat penting di sini haha.

Believe it or not,  aku rasa sangat happy..eh HAPPY, huruf besar sebab saya bangga saya happy walau umur dah melebihi 40.  Happy sebab hari ni saya bangun dan rasa sangat disayangi oleh orang2 di sekeliling saya.  Terima kasih Allah kerana bukakan mata hati saya, menyedarkan saya bahawa kebahagiaan yang saya cari sebenarnya ada di depan mata saya, bersama orang2 yang sejak dulu sentiasa ada di belakang, di depan, di sebelah kiri dan kanan saya.

Dia beri aku malaikat2 yang tunaikan segala kehendakku...cuma aku yang tak nampak selama ini..I was so blind

My birthday wish?  I want to FEEL blessed..for another 20 years! Ambition nak 'living my dreams' tu macam takkan achieve je so why not just living the present..lebih realistic lagipun aku tak suka stresskan diri..nanti cepat tua

23 September 2012

Aku bangun pepagi ni

Aku rasa mesti esok dia lupa besday aku..ya besday aku yang ke 24 ..a ah angka ni makin menurun tiap tahun, bukan makin menaik.

Minta Dia kuatkan hati aku bertahan...aku nak konsisten bangun pagi2 bukak kedai sebab pagi2 Dia bukakan pintu rezeki luas-luas maka dapatlah aku buat sales ribu-ribu tiap2 bulan. Pastu boleh pegi shopping kat overseas, beli kereta sport...hellloooo wake up cik Ain..kau fikir kau siapa? Kim Kardashian? Eh bukan ke???

p/s Adik Amru Fateh telah meninggalkan kita Ahad pagi lepas.  Dia menunggu ibubapanya di syurga...Al-Fatihah.

21 September 2012

Amru Fateh - Kamu dalam doa kami

Bagaimanapun keadaan anak-anak kita semasa dilahirkan, perkara pertama yang kita mesti buat ialah bersyukur.

Bersyukur kerana ramai orang di luar sana yang bertahun-tahun inginkan anak tetapi tidak diberikan anugerah itu.

Bersyukur kerana kita dapat merasai kesukaran melahirkan seorang anak, kerana ia mengingatkan agar menghargai ibu kita.

Bersyukur kerana kita sebenarnya lebih disayangi suami kerana seorang suami itu amat menghargai seorang isteri yang dapat memberikannya zuriat.

Seandainya anak kita tidak sempurna fizikalnya atau mengalami sakit kritikal yang sukar diubati, bersyukurlah kerana Allah tahu anda seorang yang tabah, cekal dan istimewa.  Berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul.

Allah itu maha adil, setiap ujian ada hikmah dan nikmatnya yang tersendiri.  Hanya orang terpilih sahaja yang diberi ujian itu kerana Allah lebih mengetahui insan mana yang mampu bertahan dengan setiap ujian yang diberiNya.

Apabila tiada lagi usaha yang dapat dilakukan oleh seorang ibu untuk membantu anaknya yang dalam kesakitan maka jalan terakhir ialah berdoa. Meminta dan merayulah padaNya.  Bukankah Dia maha mendengar dan mengasihani??

p/s

Doaku agar Amru Fateh yang baru mengenal dunia kurang dari 4 bulan agar dia cepat sihat.  Kami sentiasa mendoakan kamu di setiap solat kami.  Kami juga mendoakan agar ibu bapamu tabah dan cekal.  InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...