It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


21 September 2012

Amru Fateh - Kamu dalam doa kami

Bagaimanapun keadaan anak-anak kita semasa dilahirkan, perkara pertama yang kita mesti buat ialah bersyukur.

Bersyukur kerana ramai orang di luar sana yang bertahun-tahun inginkan anak tetapi tidak diberikan anugerah itu.

Bersyukur kerana kita dapat merasai kesukaran melahirkan seorang anak, kerana ia mengingatkan agar menghargai ibu kita.

Bersyukur kerana kita sebenarnya lebih disayangi suami kerana seorang suami itu amat menghargai seorang isteri yang dapat memberikannya zuriat.

Seandainya anak kita tidak sempurna fizikalnya atau mengalami sakit kritikal yang sukar diubati, bersyukurlah kerana Allah tahu anda seorang yang tabah, cekal dan istimewa.  Berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul.

Allah itu maha adil, setiap ujian ada hikmah dan nikmatnya yang tersendiri.  Hanya orang terpilih sahaja yang diberi ujian itu kerana Allah lebih mengetahui insan mana yang mampu bertahan dengan setiap ujian yang diberiNya.

Apabila tiada lagi usaha yang dapat dilakukan oleh seorang ibu untuk membantu anaknya yang dalam kesakitan maka jalan terakhir ialah berdoa. Meminta dan merayulah padaNya.  Bukankah Dia maha mendengar dan mengasihani??

p/s

Doaku agar Amru Fateh yang baru mengenal dunia kurang dari 4 bulan agar dia cepat sihat.  Kami sentiasa mendoakan kamu di setiap solat kami.  Kami juga mendoakan agar ibu bapamu tabah dan cekal.  InsyaAllah..

3 comments:

  1. Ya Allah Ain, baru dpt buka blog kau utk baca posting tentang kedai kau. Terjumpa posting ni. Terus menangis. Aku pun belum tulis apa-apa pasal arwah Amru kat blog aku. Masih tak tertulis pasal dia. Terkaku fikiran nak tulis pasal arwah.

    Tq for this posting. Rindu sangat kat arwah...

    ReplyDelete
  2. u r welcome Faz. Kehilangan dia hanya sementara. U'll see him again 'there' someday.

    ReplyDelete
  3. Yep, skrg kena jadi org baik supaya diizinkan utk jumpa Amru di sana. Ko nak jumpa aku kat sana tak??? Huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...