It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


03 April 2013

Jin bodoh

Macam kelakar bodoh je tajuk entri ni.

Tanggal 29 Januari 2013
Lepas Isyak aku ke satu pusat rawatan as-syifa
Actually petang tu aku dengan Hez ke rumah Ustaz Amin
untuk ubatkan aku
Ustaz cakap dia dah tua, tak larat dah nak ubatkan aku
Pelik juga...aku belumpun bagitau apa sakit aku
jeng jeng jeng
Ustaz minta aku pergi jumpa anaknya, Ustaz Asna
Anaknya dah buka pusat perubatan islam di Senawang

Malam tu jugak aku gagahi diri pegi sana dengan Hez
Bersemangat sebab Hez sudi temankan aku
Tempat tu buka lepas Isyak je

Sampai sana aku terus daftar nama
Sebab masa aku call Ustaz Asna
dia minta aku tulis nama awal2

Dipendekkan cerita
Ustaz Asna lambat
so aku berubat dengan anak muridnya,
Ustaz Faizal dan Ustaz ? (aku tak tanya plak nama ustaz lagi sorang tu)
Setelah menceritakan masalah aku
yang susah tidur malam,
tahap kemalasan aku yang melampau
suka tempat gelap, depressed,
memanjang rasa down
kalau nak listkan memang tak cukup satu entry ni

Maka ustaz pun 'scan'
then dia keluarkan jin dari badan aku
ok, cara dia keluarkan?
aku citer kemudian
Hez yang menemankan aku kata
dia naik seram masa ustaz keluarkan jin tu

Selepas acara selesai
Aku mandi dengan limau2 yang ustaz bagi
3 malam berturut2
Buat solat taubat dan solat hajat
3 malam berturut2

Now, I'm feeling good
Senang bangun solat subuh
Mudah buat solat dhuha
dan baca Yassin
Sebelum ni aku memang menyampah
baca yassin...aku rasa payah..panjang benar ayatnya

Sekarang macam dah rasa lebih dekat dengan Tuhan

Oh ya, pasal jin bodoh tu...
Tu Ustaz yang bagitau
Bila dia tanya dengan jin tu mana dia datang
siapa dan tujuan dia
Jin tu buat bodoh je...diam

Tu la sebab aku panggil tu jin bodoh
Lagipun, penah orang yang tegur dan nasihat aku
sebelum ni aku ni selalu buat bodoh je
everytime orang nasihat aku
hahaha!






08 January 2013

Hidup ini

Hidup ini penuh warna
Hidup ini penuh ragam
Hidup ini...untuk dinikmati...bukan untuk disesali

03 January 2013

Tensi dan sensitif

Aku ni sensitif sangat ke? Tak, sebab aku seorang yg ambil mudah!

Kau yang tak pandai baca aku..tak pandai menilai siapa kawan dan lawan

30 December 2012

IMANN 1ST DAY AT SCHOOL

Sekarang mama Dan Imann Di sekolah. Hari pendaftaran Tahun 1. Imann pakai baju sekolah, siap dengan tali leher.

Imann anak mama yang terakhir. Besar harapan mama pada Imann.  Saat mama yang dah kira akhir usia ini, apa yang mama harap ialah Imann belajar dengan tekun Dan berusaha kuat dalam pelajaran.

Tapi lagi penting mama nak dada Imann penuh dengan ilmu agama. Sebab dengan kukuh agama sahaja, kita akan berjaya dunia akhirat.

Mama banyak nak tulis, banyak nak bagitahu Imann Di sini. Tapi mama tak pandai nak susun kata.  nanti mama cerita pada Imann sebelum mama tidurkan Imann tiap malam.

Mama sayang Imann.


01 December 2012

Alhamdulillah

Hari ni 1st day di kedai baru di Plaza A. Nervous, excited, panik..semua ada.

Panik sbb pekerja takde. Aku berdua je dgn besfren Taty manage kedai. Dua2 baru belajar niaga. But i think we handle the situation diligently.

Both of us walau bukan mulut becok, tapi we have our own classy style tarik customers... Tak perlu cakap gedik2 ke atau ke'pasar'an gitu haha! Chewah! Classy la sangat hihi

Yang ajaibnya, we managed to find new worker 1 hour before we end the business today.  Lega sangat rasa! Sebelum ni aku tension gila thinking how am i goin to take care of 2 shops at a time.

Tapi bila kita jaga mulut dan peradaban kita, maka Allah tidak akan menghampakan kita.

Terima kasih Allah.

Terima kasih mak dan abah juga atas doa kalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...