Anak2 mama,
mama tak punya banyak masa untuk berbicara
dari hati ke hati dengan kamu
bukan mama tidak mahu
bukan mama sengaja
bukan mama tak sayang
mama tidak punya cukup masa
masa sentiasa mencemburui mama
kenapa masa cemburu pada mama
tu mama tak tau
mungkin sebab mama cantik macam Jennifer Lopez
mungkin sebab mama kaya raya macam Donald Trump
mungkin sebab mama bijak berkata2 macam Oprah
mungkin juga sebab mama banyak berangan2
Apa soalan mama tadi?
Oh. . . beza orang Berjaya & orang Gagal
Orang BERJAYA
- merancang
- berusaha
- bukan sekadar berusaha tapi
berusaha keras
- tidak berputus asa
- tidak mengikut norma biasa
- melawan arus
- tidak mudah terpengaruh
- berani & kuat pegangannya
Orang GAGAL/orang BIASA
- tidak merancang/ kekadang je merancang
- malas/ kekadang rajin tapi malas lebih kerap
- tidak mahu mencuba / cuba2 tapi tak serius
- ikut apa orang buat
- tidak mahu mengambil risiko
- tidak teguh pendirian
Semoga anak2 mama
pilih jalan betul
kerana mama dah beri peta dan arah jalannya
jalannya mungkin penuh liku
tapi jika masih tidak tiba ke destinasi
kamu masih ada pengalaman sepanjang jalannya
yang penuh pengajaran
It isn't just the destination that counts
The journey is priceless too
No comments:
Post a Comment