It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


24 November 2012

Down

Dah masuk hari ke 3
takde sales langsung

Kenapa?

Bukan first time macam ni
Dah banyak kali
Kalau orang lain mesti dah lama tutup kedai

Tapi aku bukan orang lain
aku bukan orang biasa
aku kan luar biasa

Everytime orang tanya
"camne business?"
Aku dengan muka selamba tapi yakin je jawab
"Alhamdullillah"
tapi dalam hati "terror lakonan kau"

Salah sendiri ke?
Tuhan sedang uji aku ke?
atau
Aku ni banyak dosa ke?

untuk sedapkan hati
aku selalu cakap dengan hati
"Mungkin belum masanya..."

Takde untung tak kisah sangat
sebab rezeki untuk anak2 dan keluarga
selalu ada

tapi yang lebih merisaukan akhir2 ni
aku selalu sakit
Selsema setiap hari
makan ubat, selsema berhenti tapi badan jadi lemah
susah tidur malam
susah bangun pagi

Setan ni memang suka bertenggek kat aku
atau mungkin...
akalku masih dikuasai oleh nafsu...






23 November 2012

Syukur

Sangat tensi bila ketemu kawan yang dengki

Dalam masa sama bersyukur
Punya kawan2 lain yang jujur Dan menerima seadanya

Allahkan maha penyayang

21 November 2012

Hari ini aku belajar jadi redha

Hari ni pegi pilih pushcart di PA.

Tak perlulah cerita panjang sini, buat aku sakit hati.

Tapi aku bangga dengan diri aku hari ini sebab
Berjaya mengawal mulut aku dari menyumpah dia

Sejak awal aku dah ingatkan diri aku agar jangan percayakan dia sangat sebab mak dari kecil selalu pesan
Orang yang harus kita berhati2 ialah orang yang mulut manis

Kawan ada hadnya..jangan diberi kepercayaan 100%.

Now..business is business.

BUSINESS + FRIENDS = ENEMIES

19 November 2012

BUSINESS IS PASSION


Selepas berhenti kerja di hotel
aku buat bermacam bisnes
Boleh katakan semuanya menguntungkan
Takdelah untung besar sampai boleh beli BMW
atau melancong ke Paris, London
tapi bolehlah menampung kehendak diri

The important thing yang aku belajar
ialah
Jika kita ingin berniaga
pilihkan bisnes yang kita ada PASSION

Maksudnya
Jangan buat bisnes A kerana produk A
mendapat permintaan ramai dan senang jual
atau senang buat untung

Jual produk yang ada ada PASSION
Jika ada peminat handbag
ada banyak ilmu tentang handbag
maka meniagalah handbag
Kerana bila anda mengalami kemerosotan perniagaan
anda tidak mudah putus asa dan tahap survival anda adalah tinggi
kerana handbag itu adalah PASSION anda
dan bukan sekadar nak untung



Bila kali terakhir buat sarapan?

Tak ingat!
Lama sangat mama tak buat sarapan untuk anak2 mama
Lepas siap bersolek terus mama angkat beg tangan
start kereta menuju kedai
Mama tak ambil pot untuk buat sarapan kamu

Mama minta maaf
Start esok mama akan buat breakfast
nasi goreng dan mila dan kopi

Semalam mama nak buat
tapi pagi ni bila bangun
mama rasa teramat mengantuk
entah kenapa
padahal tidur awal

Esok ya...mama janji


16 November 2012

AKU TAK SUKA!


Aku paling tak suka dengan orang yang memaksa!
Kalau aku taknak pegi
aku taknak pegilah!
Janganlah tunjuk marah
dengan tumbuk pintu kedai aku

Aku kan dah cakap dari malam tadi
Aku taknak pegi
Ni kan hari Sabtu
takkan aku nak sesuka hati tutup kedai
time orang ramai
Lagipun esok aku kena buat last minute
kertas exam untuk Abah
Pastu Ahad tengahari aku kena
pergi sedara mak kawin

Aku benci la kau paksa-paksa aku camni!
Berdebar dada aku bila kau hentak pintu shutter kedai sebelah tau tak??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...