It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not


30 October 2012

Kuasa psikik

Hari ni buka kedai dekat nak pukul 6 petang
Hahaha...camno rezeki nak masuk
dah potang baru buka

Actually, aku nak buka awal pagi hari ni
agak2 paling lambat dalam kul 9am gitu
Lepas antar Imann pegi tadika
aku pegi ambik Hezleen kat bengkel
dia hantar kereta repair, semalam ada pakcik langgar

Pastu aku teringat nak beli Hotticket untuk Tasha
So kena pegi kedai dekat rumah yang paling dekat
Lepas bagi Tasha top up
tetiba aku kuasa psikik aku mengatakan
kalau aku buka awal2 pagipun takde pelanggan
Oleh sebab kuasa psikik (aka kuasa 'malas') aku
lebih kuat dari kuasa 'rajin' maka
terbungkamlah aku kat sofa menghadap tv hari ini

Selesai  masak ayam masak lemak cili api pukul 3 ptg
terus aku sms mak bagitahu aku akan ke sana antar lauk
Selalu mak akan kata
"takyah la..mak dah masak ni ha..banyak lauk ni"
Tapi hari tu mak dah masak nasi
tapi bila nak ke pasar kereta plak taknak start
So bila aku antar lauk tu memang kena la masanya

Alhamdulillah...dapatlah mak, abah merasa
anak sulung dia ni masak
Maklum jelah...aku ni kan 'rajin' dan 'pandai' masak
lagipun...aku ni duduk jauh nun di Seremban,
Mak, Abah pulak di Sweden..eh eh...Seremban juga
Bila dekat2 ni rupanya lagi maleh anak2 menjenguk mak abah

Sorry mak, abah
Bukan taknak datang selalu
Tapi mak tu..tiap kali kita datang asyik paksa kita makan
camni bila nak kurus...





28 October 2012

Bagaimana nak tahu kesusahan Allah bagi itu tanda Allah sayang kita atau Allah hukum kita?

Panjang tajuk ni kan??

Tapi jawapannya senang saja.

Setiap kesukaran/kegagalan/kesusahan/kepayahan yang diturunkan kepada kita adalah ujian oleh Allah kepada kita.  REAKSI kita kepada masalah itu yang menentukan sama ada masalah itu turun sebagai tanda Allah sayang kita atau Allah menghukum kita.

Sekiranya kita mengalami kegagalan atau kepayahan, kita mengatasinya dengan cara yang diredhai, kita berusaha dan at the same time kita menjadi semakin dekat dengan Allah, contohnya tidak lupa solat dan tidak mengengkari perintah Allah maka...itu ertinya kegagalan/masalah yang Allah beri itu adalah tanda Allah sayangkan kita, dan mahu kita lebih mengingatiNya.

TETAPI..

Sekiranya kita mengalami kegagalan atau kepayahan, kita jadi lemah, jadi lebih jauh dari Allah.  Kita berputus asa, kita salahkan Allah atau kita persoalkan Allah hingga kita melakukan perkara yang dilarang Allah.  Maka, itu tandanya, ujian/kegagalan/kepayahan yang Allah beri itu adalah sebagai hukuman Allah pada kita.

Sumber :  How To Overcome Hardship by Sheikh Yahya


Masih hidup

Semalam
Sebaik aku tutup kedai
Aku terbongkang depan tv
sambil makan nasi dengan kari ayam
yang aku masak semalam

Yup, that's what I did
sampailah tv tengok aku
terjaga pukul 1 pagi
aku buka seluar jeans terus
terbungkam atas katil plak
siap dengan mekap yang aku pakai tengahari tadi

pukul 3 pagi aku terjaga
terus cuci muka
pujuk hati mandi
tapi aku malas
maka tidurlah aku dengan
badan lekit

Malam tu aku mimpi
tapi aku dah lupa apa ke mimpinya

Alhamdulillah
Aku dapat tidur
dan bangun esoknya
merasa hidup semula
walau hidup ni
bagai tiada memberi aku rasa lagi...


27 October 2012

I will never forget

Hari ni birthday Mak dan Akid
8pm Ajim called
Kau ada prepare apa2 tak untuk Mak
Belum lagi aku jawab
Ajim ada beli sate dengan kek Secret Recipe
Oh ok aku jawab
Kat kek tu ada tulis nama Akid sekali dia cakap
Nak kaklong bayar berapa? aku tanya
Nanti kiralah jawab dia
Apa maksudnya 'nanti kiralah"?
Maksudnya dia nak aku bayar la sikit duit dia beli kek dgn sate tu kan?
Berapa harga kek tu? 100?
Mahal sangat ke 100 tu
Apalah salahnya kau cakap "Ajim belanja"!!

Panas hati aku dengar
meluap-luap
Masa birthday dia aku beli kek, buah dll
celebrate sekali dgn birthday Tasha
atas kek tulis nama dia sekali
Takde aku minta dia bayar sesenpun

Ni sebab atas kek ada tulis nama anak aku
kau nak berkira ye Ajim!!
Aku ni kais pagi makan pagi
ya, macam ayam la jugak
tapi aku lagi teruk dari ayam tau tak?
aku kais pagi sampai malam
tapi kekadang satu sen pun tak masuk!

Ni kau kaya raya sekarang
income puluh ribu sebulan
Hal kau beli sate dengan kek untuk mak dan akid
kau nak minta kaklong bayar sikit jugak!!!!???

Kau lupa ke???
Kau menyebabkan kaklong kena blacklist!
Aku bagi pinjam nama untuk beli kereta
Kereta kau jual tapi tak tukar nama
Aku yang kena tanggung hutang dekat 30 ribu
Dahlah tu..Saman orang yang bawa kereta tu ada 17!!
Ni aku yang kena tanggung!
Kau tau tak???
Aku GERAM
Aku SAKIT HATI dengan kau

Aku tahu kau disayang mak abah
sebab kau dah kaya sekarang
kau dapat bagi dorang duit dan kereta
kau solat tak pernah tinggal
suruh adik beradik kau pakai tudung, tutup aurat bla bla bla
kau lupa satu lagi perkara penting
Aku taknak cerita sini
sebab kau akan tahu, aku taknak bagitau
sebab biar Allah je yang ingatkan kau dengan caraNya

Agaknya kau nak ungkit pasal kaklong pinjam 500 tu ke?
Aku tak rasa aku patut bayar 500 tu
Sebab?
Duit Bae tukar enjin kereta Honda tu rm2000 lebih tu ingat tak?
Kau tak bayar lagi...tup tup kereta tu dah kena jual ke hapa
Aku tak tau apa jadi
Jangan sesekali kau nak ungkit pasal duit tu!!

Bila aku buat bisnes kau taknak tolong
Instead bila aku ambil stok kau bagi aku harga
macam kau jual kat oranglain
Kecik hati aku kau tau tak
Aku menangis ni citer kat Alang
Aku citer kat mak, mak bela kau

At the end, aku mengadu kat Allah
Tak lama lepas tu, Allah temukan dengan supplier baru
Sukanya hati aku
Suka sebab aku tak perlu berharap pada adik sendiri lagi

Kalau kau bukan adik aku
aku dah doakan kau yang tak baik
sebab aku ni pendendam

Tapi kau adik aku
Kita keluar dari rahim yang sama
Darah yang mengalirpun sama
Cubit peha kiri peha kanan terasa

Jadi, aku selalu doakan yang baik2 saja untuk kau

I forgive...but I will never forget bro

p/s  Sorry, aku taknak dtg party birthday kat umah mak malam ni. Aku nak duduk rumah tengok tv lagi best. Malas nak berlakon baik depan korang semua.


24 October 2012

Love

There comes a moment when I feel life is unfair...when others easily get what they want easily.  But then, kenapa  pula kita expect hidup di dunia ni penuh keadilan, kerana keadilan dan kesempurnaan hakiki sebenarnya hanya ada di akhirat nanti.

Akhirat...kematian...belum sedia.  Hidup ini masih terpalit dosa, besar dan kecil.  Hari ini bertaubat, tapi esok nafsu rajin memujuk untuk berbuat dosa kembali.  

Terfikir..apa misi aku untuk 5 tahun, 10 tahun akan datang.  Nak lihat anak2 tamat Uni? Nak lihat anak2 kahwin dengan menantu kaya-raya? (ek eleh..jgn sengih..kaupun nak anak kau kawin org kayakan?) Nak round the world dengan orang tersayang?  Nak kumpul kekayaan dan harta? (aku rasa macam tak je kan)

Maybe all the above, but I think what I really want is to still be loved by the people around me.  To take love and to give love. To feel loved, to be loved, to be able to give love to people that care for me. 




01 October 2012

Kedai oh kedai


Penuh semangat hari ni sejak pagi tadi.

Pukul 5.30 petang terus merudum semangat tu.

Kita selalu lihat pelangi di kepala orang lain

Sebenarnya pelangi itu sentiasa ada di kepala kita juga...

Cuma kita je yang terlalu asyik memandang ke atas, maka kita lupa

pelangi itu selalu mengikut kita bila kita lihat di bawah...di lopak air itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...